Monday 16 January 2012

Untitled

lol jumpa lagi satu..


Cinta yang hadir tanpa aku sedari
Perasaan yang aku sendiri tidak mengerti
Cinta suci dari hati
Yang tulus dari nurani
Aku ingin kau mengerti
Kehadiran mu membawa sejuta erti
Dan diri mu begitu beerti

Hadir mu membawa kebahagiaan dalam hidupku
Membawa cahaya dalam hatiku
Menerangkan kegelapan hatiku
Memberi sinar dalam hidupku
Kau umpama sang pari-pari
Yang hadir menerangkan sudut hati

Kau mengajarku erti rindu
Rindu yang tidak pernah aku alami
Rindu yang tidak pernah bertepi
Ketika ini perasaan itu hadir lagi
Ia hadir tanpa aku sedari
Tetapi aku bahagia dengan perasaan ini
Kerana sudah terbukti
Dirimu aku sayangi

Kasihku
Bukalah pintu hati
Agar dapat ku mencuri sekeping hati
Dan menyemai cinta abadi
Ku berharap suatu hari nanti
Hatimu itu dapat aku miliki
Dan ia menjadi milik ku
Kekal abadi

Zack 8.30 mlm 18/5/10

2 comments: